Thursday, May 1, 2014

Poslaju Tracking

Poslaju tracking secara online adalah cara yang paling cepat untuk mengetahui di mana penghantaran bungkusan barangan anda. Tidak perlu hubungi talian customer service apabila kita sendiri boleh mengesan atau poslaju track mengikut masa masa sebenar  penghantaran. Anda hanya perlu membuka website Pos Malaysia dan masuk ke bahagian poslaju dan kesan barang anda dengan memasukkan nombor tracking. Dalam masa beberapa saat perjalanan bungkusan anda akan terpapar dan anda boleh mengetahui sama ada barang tersebut telah diterima atau belum. Mudah bukan!.

Memandangkan perniagaan secara online semakin berkembang,  strategi pengeposan barangan yang lebih efektif amat perlu bagi setiap perniagaan.  Salah satu cara memperbaikinya adalah dengan membuat pengeposan barangan hanya dari rumah. Pos Malaysia ada menyediakan servis kutipan barang bagi pemilik perniagaan terus dari rumah, Untuk mendapatkan perkhidmatan ini pemilik perniagaan perlu membuka akaun dengan POSLAJU. Jika syarikat enterprise, cuma perlu dokuman SSM (3 helai dokumen), cop syarikat , IC pemilik dan juga bayaran sebanyak RM100.00.
Setelah segalanya selesai, permohonan dan dokumen tersebut akan dihantar ke HQ POS Malaysia di Kuala Lumpur. Jika segalanya lengkap dan tiada masalah, akaun anda akan siap dalam masa 2-4 hari.

 Berikut adalah kelebihan dan faedahnya.
1. Mendapat sampul plastik POSLAJU mengikut saiz keperluan
2. Parcel anda akan di ‘pick-up’ dari lokasi pejabat/operasi oleh POSLAJU yang   berhampiran. Bagi yang tiada liputan kawasan operasi mereka terpaksa hantar sendiri ke Pejabat Pos.
3. Bayaran secara bulanan, jadi mudah untuk track perbelanjaan kos operasi anda.
4. Dokumen dan bungkusan anda adalah tertakluk dalam Pos berinsuran.

Harap artikel ini dapat membantu. Untuk membuat poslaju tracking, hanya perlu klik link dibawah, anda akan dibawa ke laman seperti dibawah.


link:     http://www.poslaju.com.my/track.aspx




insert tracking number
poslaju tracking

poslaju tracking result
search tracking result

consignment tracking history
tracking history

No comments:

Post a Comment